top of page

MENGENAI KAMI

Lembaga Dakwah Tarekat Qodiriyah Wa Naqsyabandiyah atau LDTQN merupakan lembaga pendidikan ilmu dakwah dan pengajaran ilmu Islam yang telah mengambil alih pengendalian PONTREN TQN di Suryalaya secara rasmi pada 6 Julai 2018. Tarekat ini kemudiannya berkembang hasil daripada skop perlaksaan dakwah yang telah disebarkan oleh wakil talqin.


Pada 10 Oktober 2018, Pertubuhan Perkumpulan LDTQN Pontren Suryalaya ditubuhkan secara rasmi di Malaysia dan mendapat pengesahan daripada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia. Pertubuhan Perkumpulan LDTQN Pontren Suryalaya ini dilihat sebagai elemen baru dalam agenda dakwah di negara ini. 

​

Sehubungan dengan itu, laman web Percubaan LDTQN Malaysia ini ditubuhkan bagi memuatkan maklumat mengenai Kajian Pilot: Keberkesanan LDTQN di Selangor, Sabah dan Sarawak dalam Urus Tadbir, Mempertahankan, Mengamankan, Mengembangkan serta Melestarikan TQN Ponpes Suryalaya dengan menggunakan RASCH Model.


Matlamat utama kajian ini ialah untuk melihat jikalau penerapan LDTQN di kawasan kajian adalah berkesan dan efektif dari segi asas dan amalan, dalam membentuk dan membangun pengurusan mampan serta dari segi riadah dan latihan. Impak yang dijangka daripada kajian ini dapat dilihat dari segi Pengurusan, Integriti, Keamanan, Kelestarian, Pendidikan dan Penyelidikan. 

Home: Who We Are
R2R_Background_NewMuslim_Default-770x380

VISI, MISI DAN PERANAN

Home: What We Do

VISI

LDTQN Malaysia Menjadi Pusat Penyebaran dan Perkembangan Dakwah TQN yang Strategik.

MISI

  • Memastikan penyampaian dakwah TQN mengikut amalan dan asas PONTREN Suryalaya dapat dikembangkan bagi keamanan sejagat.

  • Menyelarikan sistem pengurusan LDTQN Malaysia supaya setaraf dengan PONTREN Suryalaya dan terus mampan demi kepentingan LDTQN. 

  • Mengkoordinasi latihan dan riadah berpusat di PONTREN Suryalaya demi melahirkan ikhwan dan akhwat yang berakhlak qul karimah.

Peranan

LDTQN Malaysia bertanggungjawab membawa dakwah TQN dari bumi Suryalaya dan menterjemahkan sistem dan asas LDTQN Pontren Suryalaya kepada ikhwan dan akhwat yang berada di Malaysia. Pertubuhan ini juga memainkan peranan yang penting untuk memastikan interpretasi elemen tersebut di negara ini dilakukan dengan seragam dan selaras dengan pontren induk.

66cb787238fc037ea8a66e95637db8dc30c94e70

AKTIVITI KAMI

Home: What We Do

Manaqiban

Manaqiban ini dilakukan sebulan sekali dan disertai oleh para wakil talqin serta ikhwan dan akhawat TQN Malaysia. Aktiviti ini dimulakan dengan pembukaan, diikuti pembacaan ayat suci Al-Qur'an, Tanbih dan Tawasul. Ahli kemudiannya akan membaca manaqib Syaikh Abdul Qodir Jaelani dan disusuli dengan Da'wah atau Tausiyah oleh para wakil talqin. Aktiviti ini diakhiri dengan pembacaan Sholawat Bani Hasyim.

WhatsApp Image 2018-12-04 at 15.06.34.jp
WhatsApp Image 2018-12-04 at 15.06.33.jp

Khotaman

Aktiviti ini terbahagi kepada dua iaitu khotaman harian dan mingguan. Khotaman harian biasa dilakukan samada secara individu atau berjemaah manakala khotaman mingguan wajib dilakukan secara berjemaah. Kebiasaannya, ikhwan dan akhawat akan berzikir dan menyedekahkan Al-Fatihah kepada guru-guru mursyid yang telah kembali ke rahmatullah.

Aktiviti Lain

Pertubuhan Perkumpulan LDTQN Pontren Suryalaya juga mengadakan pelbagai aktiviti lain seperti Pengajian Ilmu, Konferensi, Wacana, Penerbitan, Gerbang Ilmu, Rangkaian Strategik Pintar, Tanggungjawab Sosial, Penyelidikan dan Media serta lawatan ke Suryalaya.

WhatsApp Image 2018-12-04 at 15.44.11 (1

"Di mana sahaja dibacakan manaqib ku akan ku hadir"

Syaikh Abdul Qodir Jaelani

WhatsApp Image 2018-12-04 at 15.06.33 (1
Home: Quote

HUBUNGI PERTUBUHAN PERKUMPULAN LDTQN PONTREN SURYALAYA MY

Thanks for submitting!

Home: Contact

©2018 by Pertubuhan LDTQN Pontren Suryalaya MY.

bottom of page